vendredi 26 septembre 2014

(Entertainment) Kebenaran di sebalik sim ghost

Asslamualaikum....saja aku nk kongsi dari forum lain



http://ift.tt/1Bj5mGj



Sim ‘Ghost‘ ni memang wujud sebenarnya. Maksud ‘Ghost‘ ni pada yang tak tahu adalah kebolehan untuk terus akses internet walaupun anda tak langgan plan mahupun topup selama setahun! Cara meng’unlimited’kannya pun tak susah sangat sebenarnya. Cuma perlu apply sikit trick je dalam sistem. Kalau nak tahu, benda ni ada unsur campur tangan orang dalam telco tersebut sendiri (kalau anda semua tahu telco yang dimaksudkan). Jadi dealer cuma kena setting je dalam sistem yang disediakan. Tapi cuma penjual yang spesis PENTINGKAN DIRI SENDIRI akan buat ‘Ghost’ ni walaupun benda tu telco tersebut yang sediakan kemudahan tu.



Kenapa aku kata pentingkan diri? Sebab bila penjual tu buat simkad ‘Ghost‘ yang secara automatiknya akan meng’unlimited’kan kuota anda dan tak perlu topup, penjual tersebut sahaja yang akan untung. Pembeli dan telco tu yang akan rugi. Okay. Mesti pelik kenapa aku kata pembeli akan rugi kan? Memang pada awalnya pembeli yang guna akan rasa kelajuan yang steady je. Uncapped data la katakan. Tapi bila telco tu check dan tahu anda guna internet diorang free je, lepas tu takde langgan plan, takde topup, serta merta diorang akan buat sekatan. Sekatan tu tak limited pada pengguna simkad ‘Ghost‘ je tapi SEMUA sekali akan terasa sebenarnya. Jadi, bayangkan korang dah beli simkad tu sampai harga RM150 untuk sekeping simkad lepas tu guna tak sampai sebulan dah kena block. Data capped. Rugi bukan? Lagi kesian dekat orang yang tak bersalah. Jadi, korang sebenarnya dalam win-lose-lose situation dimana win tu adalah penjual dan lose adalah pembeli dan telco.



Tapi, ada juga penjual yang TAK PENTINGKAN DIRI. Macam mana pulak boleh jadi tak pentingkan diri? Dia memang jual simkad ‘Ghost‘ tu tapi dia takkan mention pada customer yang itu adalah simkad ‘Ghost‘ dan dia akan suruh customer untuk topup dan langgan plan walaupun benda tu tak perlu sangat pun sebenarnya. Kenapa penjual tu buat macam tu? Sebab dia nak elakkan telco tersebut mark nombor anda sebagai ‘Ghost‘. Jadi, bila ada sekatan daripada telco, walaupun anda sebenarnya ‘Ghost‘ diorang akan tutup sebelah mata je sebab anda bayar topup setiap bulan dan langgan plan. Berbeza dengan yang ‘Ghost‘ lagi satu tu. Kiranya lepas sekatan biasanya anda boleh lagi guna dengan unlimited (bergantung pada penjual simkad tu la) berbanding spesis lagi satu tu, terus tak boleh ‘Ghost‘ dah. Terpaksa guna plan data biasa. Jadi, situasinya pula adalah win-win-win situation. Pembeli untung, penjual untung, telco untung.



Mesti ada yang tertanya pulak apa motif telco tu sediakan kemudahan tu. Kan? Aku pun tak pasti tapi secara positifnya, mereka nak tolong kita guna internet unlimited data tapi dengan syarat kena la beli topup dan langgan plan data sebagai balasan diorang yang tolong korang sebagai pembeli ni in return. Mungkin jugak ni cara diorang untuk tarik minat lebih ramai orang untuk beli simkad dan daftar bawah telco diorang (kira marketing strategy la).



Jadi, kalau ada yang nak beli, jangan cari penjual yang sebut pasal ‘Ghost‘ sebabnya mereka ni biasanya jenis pentingkan diri dan bila timbul masalah seperti ‘Ghost lari‘ mereka pun akan turut lari sama! Lagi satu kena la berani tanggung risiko.



Tentang speed pula, speed tu standard je. Guna sim bukan ‘Ghost‘ pun boleh dapat speed tu. Bezanya pada coverage tempat tu je. Kalau dah line tempat tu E je, takkan jadi H+ walaupun guna ‘Ghost‘. Harap penerangan panjang lebar ni boleh membantu.



Pilihan di tangan anda...:D




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire