jeudi 25 septembre 2014

Indonesia tapis kartun Shin-chan kerana adegan londeh seluar, intai perempuan





JAKARTA: Kartun popular Jepun, 'Crayon Shin-chan' di mana karakter utamanya sering melondehkan seluarnya akan ditapis di Indonesia selepas pihak berkuasa menganggapnya sebagai berunsur lucah.



Stesen televisyen TV Network yang menunjukkan siri animasi berkenaan bersetuju untuk menapis adegan 'tidak senonoh' itu berikutan kebimbangan pihak berkuasa.



Siri animasi itu menjejaki cerita mengenai budak lima tahun, Shin nosuke 'Shin' Nohara dan keluarganya, yang kadangkala melondehkan seluarnya atau membuat lawak tidak senonoh seperti bertanya kepada orang lebih tua: "Bila awak hendak mati?" :))



Suruhanjaya Penyiaran Indonesia meletakkan program itu dalam kategori 'berjaga-jaga', kata ahli Suruhan Jaya Agatha Lily.



"Kebanyakan adegan yang dianggap lawak dalam Shin-chan sebenarnya tidak sesuai untuk kanak-kanak, sebagai contoh Shin-chan melondehkan seluarnya bagi menunjukkan seluar dalamnya atau mengintai orang di tandas, adegan lain menunjukkan wanita berpakaian seksi dan lelaki berfoya-foya," katanya. - AFP





http://ift.tt/1v5ZQXN




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire