KUANTAN - Ibu bapa arwah Norsabrina Shahrulnizam menafikan kematian anak mereka disebabkan stres melampau sebaliknya mengalami situasi kandungan gula yang tinggi, demikian kata Pengarah Pendidikan Negeri, Rosdi Ismail ketika dihubungi di sini, semalam.
Rosdi berkata, selepas mendapat penjelasan daripada kedua ibu bapa pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Wira itu, pihaknya dimaklumkan bahawa keadaan Norsabrina sebelum ini adalah baik.
Menurutnya, pelajar terbabit juga dapat menerima keputusan untuk menduduki semula peperiksaan itu dengan terbuka.
Justeru, saya berharap, pihak yang tidak bertanggungjawab tidak wajar menyebarkan sebarang maklumat di laman sosial atau aplikasi Whatsapp sekiranya tidak mempunyai fakta yang betul.
Ini akan memberi kesan kurang baik kepada keluarga mangsa yang masih bersedih akibat kehilangan anak tersayang, katanya.
Rosdi turut meluangkan masa menziarahi keluarga terbabit di Felda Chini Timur 2 semalam.
Kematian Norsabrina menjadi viral di Facebook dua hari lalu sehingga menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai yang mengaitkan kematian murid itu berpunca daripada stres melampau akibat soalan peperiksaan bocor
sumber:http://ift.tt/YeYGfF

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire