Silva Vargas menjadi obses dengan siri fantasi nukilan penulis J.K. Rowling.
< 1 / 1 >
MEXICO CITY - MEXICO . Usaha seorang seorang lelaki mengumpul pelbagai koleksi Harry Potter selama hampir 15 tahun berhasil apabila dia diiktiraf Rekod Dunia Guinness.
Menahem Asher Silva Vargas dari Mexico diiktiraf secara rasmi selepas berjaya mengumpul lebih 3,097 barangan siri fantasi itu sekali gus menewasakn rekod terdahulu iaitu sebanyak 807 item.
Koleksinya memenuhi dua bilik dan antara barangan dikumpul termasuk kayu ajaib ahli sihir, watak filem dalam bentuk mainan hinggalah kepada skaf dipakai Gryffindor dan replika penyapu Quidditch.
Menurutnya, dia tidak berhasrat mengumpul koleksi yang banyak, namun lama-kelamaan dia menjadi obses hingga sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan koleksi tersebut, dipetik dari laporan The Guardian.
sumber:http://ift.tt/1v2QVEm
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire