vendredi 24 octobre 2014

Ada kandungan dadah dalam darah Nur Syaleza





SHAH ALAM - Ahli Kimia memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini terdapat kandungan dadah biasa ditemui selepas analisa dijalankan pada spesimen darah Nur Syaleza Jaafar yang didakwa dibunuh, dua tahun lalu.



Zuraiha Awang, 47, bagaimanapun memaklumkan kandungan dadah tersebut merupakan paracetamol yang biasa digunakan untuk melegakan kesakitan.



"Namun, saya tidak dapat menentukan kuantitinya," katanya.



Menurutnya, ujian ke atas spesimen darah itu dijalankan dengan menggunakan gas chromatolography dan high performance liquid chromatology.



"Selepas ujian dijalankan, spesimen darah itu disimpan di dalam bilik sejuk," katanya dalam pernyataan saksi.



Beliau berkata, spesimen tersebut diterima daripada Asistan Superintandan Shamzury Saman jam 3.34 petang pada 8 Ogos 2012.



Prosiding berlangsung di hadapan Hakim, Datuk Abdul Halim Aman ditangguhkan dan akan disambung semula selama tiga hari bermula 17 Disember depan.



Bekas Eksekutif Bahagian Teknologi Maklumat Syarikat Gas dan Minyak, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 33, didakwa membunuh isterinya, Nur Syaleza, 31, di kediamannya di Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai 2012.



Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Haron mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati.







http://ift.tt/1tpnL4i




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire