mardi 25 novembre 2014

Lelaki mabuk tendang pintu balai

Johor Bahru: Seorang buruh ditahan polis selepas berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dan membuat kacau ganggu di Balai Polis Sentral, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS), 10 pagi ini.



Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dalam keadaan mabuk dan mengugut anggota Polis Bantuan yang bertugas berdekatan jejantas menuju ke pusat beli-belah City Square, Bangunan Sultan Iskandar (BSI).



Ketua Polis Daerah JBS, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata suspek kemudian membuat bising dan mengeluarkan kata ugutan dan menjerit kepada anggota bertugas di pejabat pertanyaan balai itu selain hendak membakar balai.



"Suspek juga bertindak aggresif dengan menendang pintu kaca di pejabat pertanyaan balai itu. Dia kemudian ditahan dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 kanun sama, Seksyen 90 Akta Polis dan Seksyen 14 Undang-undang Kesalahan Kecil.



"Suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut," katanya.





- See more at: http://ift.tt/1vbM84V




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire