lundi 24 novembre 2014

Gelandangan pandai berfesyen tiba-tiba jadi terkenal



Slavik menjadi tumpuan pengguna laman sosial di seluruh dunia, kerana keunikan fesyen pakaiannya. – AGENSI



LVIV, Ukraine 24 Nov. – Seorang gelandangan tiba-tiba menjadi tumpuan pengguna di laman sosial di seluruh dunia, kerana keunikan fesyen pakaian yang dipakainya.



Laman web Oddity Centrel melaporkan, walaupun keadaan fizikal lelaki yang dikenali sebagai Slavik itu sedikit kusut-masai, tetapi dia bijak menggayakan pakaian yang diperolehinya daripada longgokan tong sampah atau pusat bantuan gelandangan.



Lelaki berusia 55 tahun itu juga tidak gemar memakai pakaian sama untuk waktu yang panjang dan akan menukar pakaian dua kali sehari.



Slavik turut mendandan rambut dan janggutnya mengikut kesesuaian fesyen pakaian yang digayakannya.



Menurut seorang jurugambar, Yurko Dyachyshyn yang bertanggungjawab memperkenalkan Slavik kepada dunia, dia menemui lelaki tersebut ketika melakukan satu sesi penggambaran di Lviv dan mula merakam fesyen pakaian yang dipakai oleh Slavik dengan upah AS$1 (RM3.35) bagi setiap gambar.



“Slavik merupakan gelandangan paling bergaya di dunia. Dia tidak mempunyai tempat tinggal tapi cara hidupnya tidak sama seperti gelandangan lain.



“Dia tidak membawa banyak beg plastik dan dia tidak menyelongkar tong sampah, dia ada tempat persembunyian yang tiada sesiapa tahu di mana. Semua rahsia tentang Slavik berada di rumahnya,” jelas Dyachyshyn.



Sejak itu, kata Dyachyshyn, mereka berdua menjadi rakan baik selama dua tahun, sebelum kali terakhir dia melihat kelibat Slavik pada Januari 2013.





- See more at: http://ift.tt/15fo9cR




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire