lundi 24 novembre 2014

Pegawai awam dilarang mesyuarat di hotel

JAKARTA 24 Nov. – Menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN), Rini M Soemarno mengarahkan semua pegawai di kementeriannya agar tidak lagi mengadakan mesyuarat di mana-mana hotel, sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan negara.



Menurut Rini, langkah itu bertujuan mengurangkan perbelanjaan para pegawai berikutan langkah kerajaan memotong subsidi minyak, baru-baru ini.



Selain larangan mengadakan mesyuarat di hotel, semua pegawai kanan di kementerian itu juga tidak lagi dibenarkan menaiki pesawat kelas perniagaan ketika mengadakan lawatan kerja di luar kota, tegas Rini.



“Kalau ada pertemuan tidak lagi (akan diadakan) di hotel. Diusahakan ia dibuat di pejabat sahaja. Seandainya ada pegawai yang perlu melakukan kunjungan kerja di luar daerah, tinggal sahaja di wisma (tempat penginapan) atau rumah rehat jabatan,” kata Rini kepada wartawan, di sini hari ini.



Menurut Rini, langkah itu merupakan sebahagian daripada tindakan efisien kementerian itu, sekali gus menepati arahan Kerajaan Pusat yang melarang mana-mana pegawai kementerian dan agensi kerajaan mengadakan mesyuarat di hotel.



Rini berharap, keputusan itu tidak akan memberi kesan pada kualiti perkhidmatan kepada masyarakat.



“Pokoknya kita harapkan dapat menjaga harga produksi agar tidak naik dan membebankan rakyat. Mulai dari sekarang dan masa depan kita perlu lihat apakah BUMN itu sudah efisien atau belum. Kalau belum kita harus tingkatkannya,” ujarnya.



Sebelum ini, Menteri Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi, Yuddy Chrisnandi berkata, usaha penjimatan dengan melarang mesyuarat diadakan di hotel-hotel selain membataskan perjalanan pegawai kanan kerajaan dapat menjimatkan sehingga 20 peratus wang negara.



Menurutnya, peraturan itu yang berkuat kuasa 1 Desember ini sudah diedarkan kepada semua kementerian serta pemerintah wilayah dan daerah seluruh Indonesia.





- See more at: http://ift.tt/1FjSnYQ




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire