vendredi 19 décembre 2014

Air getah bernilai tinggi

LEDANG – Air getah yang diperoleh melalui proses penghasilan getah kering daripada getah skrab dikenal pasti mempunyai nilai tinggi untuk kegunaan sebagai bahan farmaseutikal, makanan haiwan dan kosmetik.



Timbalan Ketua Pengarah Penyelidikan dan Inovasi, Lembaga Getah Malaysia (LGM), Dr Mohd Akbar Md Said berkata, penemuan itu diperoleh hasil daripada kajian yang dibuat oleh 10 pegawai penyelidik lembaga berkenaan lebih lima tahun lalu.



“Hasil ini (air getah) masih dalam ujian peringkat komersial bagi tujuan pengesahan daripada penemuan tersebut yang merupakan satu kejayaan buat penyelidik tempatan.



“Kita jangka penemuan ini boleh digunakan dua tahun akan datang apabila kajian lengkap yang dibuat selesai,” katanya ketika ditemui media selepas Taklimat Insentif Pengeluaran Getah (IPG) di Dewan Jubli Intan Tangkak, di sini, semalam.







sumber:http://ift.tt/1xx141p




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire