jeudi 4 décembre 2014

Bagaimana saya bermula dengan toneexcel ini?

Baru-baru saya ada minum kopi disebuah warung sambil bersembang-sembang dengan rakan-rakan toneexcel ini. Ada seorang sahabat tanya, macamana saya bermula dan apakah nasihat dan petua untuk berjaya dalam toneexcel ini.



Saya kata, saya belum boleh dikira berjaya dan belum boleh nasihat, cuma boleh berkongsi pandangan dan beberapa perkara yang saya buat dan nampaknya menjadi ASAS kemajuan saya dalam toneexcel ini.



Disini saya kongsikan perkara yang saya buat awal-awal dahulu dan nampaknya dia menjadi asas yang kukuh. Perkara yang saya kongsikan ini jangan rakan2 ikut, tetapi saya rasa elok fikirkan, untung-untung ada kebaikkan didalamnya.



A) Semasa saya mula-mula join dahulu, terus terang saya tak tahu yang nombor lama boleh port in, jadi bila saya join sahaja bisnes toneexcel ini, saya terus ambil simkad maxis yang sudah hampir 10 tahun saya pakai, saya terus keluarkan dan gantikan dengan simkad tunetalk. Orang rumah saya terkejut, dia kata tak susah ke nanti, orang nak contact payah, kita pula nak contact orang payah, nombor sekelip mata terus bertukar, saya hanya jawab "Kalau nak buat bisnes, buat betul-betul, jangan buat main-main, kalau nak bisnes tunetalk, kena pakai tunetalk sahaja, saya tak akan pakai talian yang lain". Betul juga, kalau kita berniaga jual kueh pada orang, tapi bila nak makan kueh kita beli kueh dikedai sebelah... tak logik dan tak mungkin perniagaan kita akan berjaya. Saya rasa prinsip Pakai Satu Line Sahaja sangat membantu saya kekal dalam bisnes ini dan terus maju bersamanya.



B) Kalau dulu saya bayar bil/ topup dalam maxis lebih kurang RM120 setiap bulan, maka sekarang dalam tunetalk, saya topup pun sama RM120. Dengan join tunetalk ini, saya tidak terasa meningkatkan beban saya. "Topup handphone kita seperti mana kita topup/bayar bil sebelum ini". Satu lagi prinsip yang banyak membantu saya untuk maju dalam bisnes ini. Ada orang pernah komplain pada saya, dia punya komisyen dalam toneexcel sangat slow, sikit sangat, saya tanya dia, tiap2 bulan dia topup berapa? Dia kata, dia topup RM20 sahaja, kerana itukan syarat minima untuk dapat komisyen, saya tanya lagi, ada pakai handphone lain tak? Dia kata ada, pakai celcom, saya tanya celcom topup berapa? dalam RM70. Saya kata sebab itu, dia dapat komisyen sikit, pertama, kerana dia tak hormat dan tak percaya kepada bisnes dia sendiri, dia punya bisnes adalah TuneTalk, tapi pakai handphone lain, kedua, secara tak langsung dia telah pindahkan kefahaman dia tentang bisnes ini kepada downline dia, maka semua downline dia pun topup RM20, maka komisyen dia pun sikit. Selepas beberapa bulan, downline dia pun give up, tak mahu promote lagi, dan komisyen dia bertambah sikit, itulah akibatnya. Prinsip yang saya rasa sangat betul adalah "Topup handphone kita seperti mana kita topup/bayar bil sebelum ini".



C)

"Buatlah betul-betul sekurang2nya 2 tahun"



Itulah 3 prinsip yang saya pegang betul2 selama ini, saya sekadar berkongsi, mana yang anda rasa baik boleh ikut, yang tak betul tu tinggalkan sahaja.



Terima kasih kembali. http://bit.ly/1rlbDSm -Boleh juga PM/Call/SMS 0105348507(Whatsapp,WeChat,Telegram)




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire