vendredi 5 décembre 2014

Kejatuhan harga minyak, matawang ruble agenda Barat - ketua perisik Russia





Washington dan sekutunya mahu melihat perubahan dasar Rusia, dengan mengenakan sekatan dan menyerang mata wang negara itu, ruble, menerusi manipulasi harga minyak dunia, dakwa Ketua Perkhidmatan Perisikan Persekutuan (Federal Security Services - (FSB)) selepas presiden Vladimir Putin menyampaikan amanat negara.



Ketua FSB, Mikgail Fradkov memberi amaran bahawa Moscow sedar tentang tindakan Amerika Syarikat (AS) itu untuk menjatuhkan Putin.



"Keinginan ini disedari, ia adalah rahsia kecil. Tiada siapa mahu melihat Rusia kuat," kata Fradkov, yang merupakan bekas Perdana Menteri, kepada Bloomberg.



Beliau menyatakan harga minyak yang jatuh lebih daripada 30 peratus merupakan sebahagian daripada tindakan AS. Harga yang lebih rendah pada salah satu eksport utama Rusia memberi tekanan kepada ruble, yang juga telah menerima kesan daripada sekatan yang dikenakan kepada negara itu.



Nilai ruble jatuh 39 peratus berbanding dolar AS setakat ini pada tahun ini.



Dana pelaburan asing 'mengambil bahagian' dalam spekulasi ruble menerusi pihak perantara, kata Fradkov.



"Sebarang spekulasi mempunyai skim spesifik dan skim ini mempunyai beberapa peserta," katanya.



Semalam, Putin yang menyampaikan amanat berkata, Rusia tahu siapa yang mendapat manfaat daripada spekulasi ruble dan kerajaan serta bank pusat negara itu mempunyai cara untuk menghukum mereka.



"Kerajaan tahu siapa yang mencari keuntungan ini. Ini adalah masa untuk melakukan sesuatu ke atas mereka," kata Putin semasa amanat negara ke-11 di Moscow.



"Ketegangan politik dan ekonomi hanya boleh dihentikan apabila Barat menghormati kepentingan Moscow, tetapi setakat ini Rusia akan memberi tumpuan untuk menyelesaikan isu-isu domestik.



"Ia mengambil masa antara dua tahun hingga empat tahun untuk mencapai 'persefahaman lebih objektif yang diperlukan untuk menghapuskan halangan'," kata Fradkov.





http://ift.tt/1tPyqSk




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire