Siapa yang tidak kenal dengan aplikasi Waze?
Aplikasi yang memberikan informasi trafik
dalam bentuk masa-nyata ini telah banyak
membantu pemandu-pemandu di Malaysia,
terutamanya di Lembah Klang dalam mencari
jalan terpantas dengan mengetahui situasi di
jalan raya. Hari ini, kami berpeluang bertemu
dengan Amir Mirzaee ( Pembangun Bisnes
Global Waze), dan mengetahui beberapa
perancangan daripada pihak mereka untuk
pasaran Malaysia pada tahun akan datang.
Amir mengatakan yang mana Malaysia kini
tergolong dalam 10 negara teratas ddalam
carta pengguna yang paling ramai, dan
tergolong dalam tiga negara teratas dari segi
bilangan pengguna yang paling aktif selain
Indonesia dan juga Filipina. Perkara ini
membuatkan pelbagai info trafik semasa
sekitar Malaysia dikemaskini dengan pantas
oleh pengguna dan membantu golongan
pemandu yang lain.
Waze mengatakan pada masa akan datang,
mereka akan bekerjasama dengan beberapa
agensi dan pihak berkuasa tempatan untuk
memberikan info yang lebih pantas kepada
pengguna. Salah satunya adalah dengan
pengenalan fungsi seperti penukaran haluan.
Melaluinya, pada waktu tertentu dan pada
jalan tertentu yang mempunyai program
penukaran haluan dikendalikan oleh polis
trafik info akan dihantar ke aplikasi Waze,
dan memudahkan lagi pengguna merancang
perjalanan mereka. Jika sekarang, kadangkala
Waze tidak berfungsi dengan tepat untuk
tujuan ini, dan tidak mampu memberikan
ramalan sekiranya trafik terhalang berikutan
penukaran haluan. Perkara-perkara seperti
penutupan jalan, acara marathon, akan
dikongsikan secara terus membolehkan
informasi ini sampai dengan pantas kepada
pengguna.
Antara perkara yang menarik yang juga bakal
dilakukan oleh Waze adalah penawaran suara
pemanduan menggunakan bahasa serta dialog
tempatan. Perkara ini telahpun dilakukan
mereka pada tahun ini menggunakan suara
DJ Hitz FM Ean. Amir mengatakan
berkemungkinan lebih banyak perkara akan
dilakukan untuk memberikan pengalaman
penggunaan yang lebih Malaysia berbanding
sekarang, selain turut mempromosi aplikasi
Waze dikalangan pengguna tempatan.
Waze juga turut mengatakan mereka akan
melakukan kerjasama dengan beberapa
syarikat telekomunikasi dalam menawarkan
data percuma untuk penggunaan Waze.
Memandangkan Waze kini dimiliki Google,
maka mungkin ia akan mudah dicapai, apatah
lagi YouTube sedia bekerjasama dengan
UMobile dalam menawarkan tontonan
percuma pada tengah malam.
Waze pada tahun 2015 kelak dilihat ingin
menawarkan lebih banyak kemudahan dan
menjadikan aplikasi berkenaan lebih bersifat
tempatan berbanding sekarang. Pada masa
yang sama, mereka juga ingin menawarkan
info trafik yang lebih tepat dan cepat kepada
pengguna, dan memudahkan pihak berkuasa
menyampaikan info kepada pengguna dengan
efektif. Semestinya ini bukan sekadar ini
sahaja perancangan mereka untuk tahun
hadapan, dimana mereka turut mempunyai
beberapa perancangan khusus di peringkat
global yang masih tidak boleh dikongsikan
bersama-sama buat masa ini.

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire