MAS
SEORANG penyokong kerajaan hari ini mencadangkan Malaysia Airlines (MAS) menyemarakkan semangat nasionalismenya sebagai syarikat penerbangan negara dengan mempromosi barangan buatan Malaysia.
Senator Datuk Dayang Madinah Tun Abang Openg berkata sebagai contoh MAS boleh mempelbagaikan menu makanan tempatan, mempromosi makanan ringan dan produk kraftangan tempatan dalam penerbangannya terutama penerbangan antarabangsa.
"Dimasukkan juga makanan ringan keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan kita contohnya kerepek pisang untuk menggantikan kacang masin, dengan cara packaging yang serupa termasuklah juga kek lapis Sarawak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Malaysia Airlines System Berhad (Pentadbiran) 2014 di persidangan Dewan Negara, di Kuala Lumpur.
MAS hendaklah juga menyediakan sekurang-kurangnya 50 peratus produk Malaysia dalam senarai 'in-flight shopping items'. - Bernama
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire