Tumpat: Tindakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menutup pangkalan haram di kawasan berhampiran pejabatnya di Pengkalan Kubor di sini baru-baru ini dipercayai punca serangan pihak tidak bertanggungjawab ke atas pejabat agensi itu, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, cermin tingkap bangunan JKDM Pengkalan Kubor, di sini pecah apabila terkena dua das tembakan dilepaskan dari arah Sungai Golok.
Tembakan dipercayai menggunakan senapang angin itu bagaimanapun tidak mencederakan mana-mana pihak termasuk anggota yang bertugas.
Difahamkan dua anggota JKDM yang memeriksa kawasan sekitar selepas tembakan itu menemui dua bebola besi atau ball bearing dekat cermin tingkap yang pecah.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu jam 8.15 pagi semalam dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh dan khianat ke atas harta kerajaan.
Saya minta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat menghubungi polis dengan segera bagi membantu siasatan, katanya selepas melawat lokasi kejadian, semalam.
- See more at: http://ift.tt/1GbBsGE

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire