ALOR SETAR: Pertubuhan Kebajikan Islam dan Dakwah Malaysia (PEKIDA) Daerah Kota Setar hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, bahawa orang bukan Islam di negeri itu boleh menggunakan kalimah Allah.
Penasihatnya, Abdullah Ahmad yang mengetuai anggota PEKIDA dalam membuat laporan polis itu, berkata pihaknya meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap Guan Eng yang cuba mempersendakan kalimah Allah dan agama Islam.
"Saya minta beliau supaya menghormati agama Islam sepenuhnya supaya tidak akan berlaku pergaduhan antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Isu kalimah Allah ini tidak sepatutnya dijadikan sebagai bahan politik," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, di sini.
Abdullah berkata, bagi menangani masalah ini daripada berulang, umat Islam di seluruh negara perlu bersatu padu dalam menegakkan kemuliaan Islam dan tidak sewenang-wenangnya membiarkan agama Islam dipermainkan
Guan Eng, seperti dilaporkan beberapa portal berita pada 12 Disember lepas, memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.
Beliau dilaporkan berkata larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.
- BERNAMA
http://ift.tt/1CuZ3V6

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire