samedi 20 décembre 2014

Pesawat Next-Generation Boeing 737 MAS tiba esok






AHMAD JAUHARI





MALAYSIA Airlines (MAS) bersedia untuk menyambut ketibaan pesawat Boeing 737, yang ke-100 milik syarikat penerbangan itu, di Kuala Lumpur esok.



Pesawat berkenaan, Next-Generation of Boeing 737-800, telah diserahkan kepada MAS di Seattle pada Jumaat.



Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, pesawat 737 itu telah dan akan terus menjadi pesawat yang hebat kepada syarikat penerbangan itu dengan kebolehpercayaan yang konsisten, ekonomi tidak dapat ditandingi dan inovasi dalam keselesaan penumpang.



"Kami menggunakan pesawat 737 bagi penerbangan sulung kami pada tahun 1972 dan kami teruja untuk menerima pesawat ke-100 kami daripada jenis berkenaan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.



MAS telah menerima pesawat 737 yang pertama, 737-200, pada 1972 dan telah mengendalikan pesawat 737-200, 737-300, 737-400, 737-500 dan 737-800 dan juga 747-400 serta 777-200ER (Extended Range).



Naib Presiden Kanan Boeing Commercial Airplanes (Jualan) Asia Pasifik dan India, Dinesh Keskar berkata, Boeing turut berbangga dengan hubungan lama yang terjalin dengan MAS dan menjadi sebahagian daripada penghantaran istimewa yang ke-100 ini. - Bernama




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire