mardi 2 décembre 2014

Sepanyol sah bebas daripada Ebola.

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mengumumkan Sepanyol bebas daripada Ebola selepas tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh sebulan setengah sejak jururawat yang dijangkiti sembuh daripada wabak berkenaan.



Empat puluh dua hari atau dua tempoh pengeraman sudah dilepasi sejak jururawat Sepanyol, Teresa Romero diuji negatif daripada penyakit itu.



"Tiada kes baharu sejak pekerja kesihatan itu disahkan negatif daripada virus Ebola, jadi hari ini jangkitan wabak ini sudah berakhir di Sepanyol.



"Pada 21 Oktober lalu, pekerja kesihatan itu diuji negatif buat kali kedua dan kemudiannya disahkan bekas daripada jangkitan Ebola," katanya.



Romero adalah orang pertama terkena jangkitan itu di luar Afrika ketika wabak berkenaan menular sehingga membunuh kira-kira 6,000 orang terutama di Liberia, Sierra Leone dan Guinea. - AFP



http://ift.tt/1yGg0Yx




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire