Johor Bahru: Lima kereta persendirian disita Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) selepas didapati digunakan bagi membawa penumpang tanpa permit yang sah menerusi perkhidmatan aplikasi UBER , di daerah ini, hari ini.
Dalam Operasi Revus yang dijalankan kira-kira 10 pagi, beberapa anggota penguatkuasa SPAD yang menyamar sebagai penumpang, mengesan dan menahan lima kereta persendirian yang membawa penumpang dari Legoland, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan Pelabuhan Pasir Gudang.
Lima pemandu kereta yang mendakwa hanya ditugaskan mengambil dan membawa penumpang turut ditahan sementara bagi mengambil keterangan sebelum dibebaskan.
Difahamkan, semua kereta yang disita itu adalah milik orang persendirian dan SPAD akan meneruskan siasatan bagi mengenal pasti pemilik sebenar kereta terbabit.
Menurut Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, operasi di daerah ini adalah siri kedua selepas yang pertama di Kuala Lumpur, Oktober lalu.
- See more at: http://ift.tt/1CANd9k
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire