samedi 31 janvier 2015

Nasyid Melayu lembik

Salam



Just nak luahkan perasaan je terhadap industri nasyid tanahair.



Saya ni bukanlah penggemar tegar nasyid, tapi melihatkan industri hiburan islamik yang makin banyak, saya rasa ia sepatutnya mendapat sokongan daripada kita sendiri, kalau tak siapa lagi.



Namun, di sebalik mencari lagu2 nasyid bermesej baik, saya melihat trendnya makin berubah kepada lagu2 yang melembikkan jiwa.



Saya tidak bermaksud semua lagu nasyid perlu dibuat dengan rentak die hard, metal, rock, punk dan sebagainya. Namun permainan emosi yang dibawakan dalam penghasilan nasyid2 tanahair terlalu bertumpu pada jiwa yang runtun, keinsafan, kesedihan, sentimental dan yang seangkatan dengannya.



Bila dilihat pada lagu2 yang mempromosikan perjuangan terhadap pembebasan palestin, atau perjuangan di syria juga, semuanya lagu2 yang bikin menangis serta tangkap leleh.



Saya tak mau komen nasyid2 yang beribu2 yang 'mempromosi'kan cintan cintun, "percintaan islamik", jodoh, kahwin dan sebagainya.



Ya kita meraikan jiwa2 yang perlu insaf, serta mode kesufian itu kadangkala perlu. Tetapi itu hanya memenuhi tuntutan "abid di malam hari", di mana pula tuntutan "singa di siang hari"? Singa nak menangis juga ke?



Cuba lihat lagu2 bermesej baik bernada rancak seperti intifadha, hambamu (imam muda), al-haq, alangkah bagusnya jika industri nasyid kita turut menyeimbangkan banjiran nasyid2 tangkap leleh di pasaran sekarang ni dengan lagu2 yang mempromosikan perjuangan, menaikkan semangat, membakar dan menyemarakkan emosi. Bukanlah kita mahukan head banging, atau sembelih kambing masa konsert untuk hamburkan darah, bukan juga kita mintak lorengan2 di muka supaya kelihatan ganas.



Tapi cuba bayangkan semasa Hamas berdepan dengan pengganas Israel, takkan nak layan Kasih Kekasih? Atau C U D IPT? I was like...W.T.F???



Nak buat nasyid sendiri tak pandai, jadi boleh luah perasaan jela



Nah layan lagu dari Atyaf Istisyhad



http://ift.tt/1HAC924




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire