mercredi 28 janvier 2015

Harga minyak dijangka kekal 
di paras USD40 setong

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yakin harga minyak mentah dunia tidak akan jatuh ke bawah paras AS$40 setong pada tahun ini.



Beliau juga turut melahirkan keyakinan purata harga minyak mentah dunia bagi 2015 akan melebihi kajian semula unjuran purata yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini pada paras AS$55 setong.



“Jika harga minyak jatuh di bawah paras AS$40 setong, syarikat pengeluar minyak tidak akan mampu menghasilkan minyak, kerana kos lebih tinggi daripada hasil.



“Saya yakin Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) juga tidak akan biarkan harga di bawah paras itu,” katanya selepas menjadi tetamu bagi program Dalam Radar Radio24, di sini, hari ini.



Ahmad turut menyentuh kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkenaan unjuran positif harga minyak mentah dunia pada separuh kedua tahun ini.



Mustapa yang menghadiri mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) baru-baru ini menyatakan para peserta forum itu bersependapat bahawa kejatuhan harga minyak dunia sekarang hanya bersifat jangka pendek dan mengunjur ia kembali pulih bermula separuh kedua tahun ini dengan unjuran harga sekitar AS$60 hingga AS$70 setong.



Justeru, Ahmad yakin unjuran semula harga minyak oleh kerajaan baru-baru ini adalah tepat, malah lebih rendah dari unjuran antarabangsa. – BERNAMA





- See more at: http://ift.tt/1DiqNcR




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire