jeudi 29 janvier 2015

Tiga bandar terbesar Asia jadi tumpuan pelancong

KUALA LUMPUR - Tiga bandaraya mega Asia iaitu Hong Kong, Singapura dan Bangkok terus kekal sebagai bandaraya utama daripada segi ketibaan pelancong sejak 2012.



Ketiga-tiga bandaraya ini memiliki kelebihan daripada segi lokasinya dikawasan yang mempunyai ramai penduduk, ekonomi yang mantap dan berhampiran dengan negara China.



Ini merupakan penemuan laporan Euromonitor International akan 100 bandaraya utama daripada segi ketibaan pelancong antarabangsa untuk 2013. Penemuan ini dilaporkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu di Chicago, Amerika Syarikat.



Jumlah pelawat dari China telah banyak mempengaruhi bandar-bandaraya yang dalam senarai itu, manakala jumlah pelawat dari luar ke China tidak begitu memberangsangkan.



China berada pada tangga nombor kelapan keseluruhan kerana sebilangan bandaraya yang ditampilkan dalam senarai 100 teratas itu. Namun begitu, kecuali Suzhou dan Guilin, kebanyakkan bandaraya di China menyaksikan kemerosotan dalam bilangan pelawat dari luar pada 2013 kerana keadaan ekonomi yang tidak stabil, kebimbangan kerana pencemaran dan ketegangan dengan Jepun, yang juga merupakan sumber pasaran utama bagi pelancong.



Sumber terbesar kedua pelawat ke luar negara pada 2013 adalah Amerika Syarikat, ia merupakan pasaran yang matang dengan perjalanan ke luar negara memuncak pada 2007. Ini diikuti dengan kemerosotan tahun demi tahun sebelum pemulihan bermula pada 2012.



Dengan keadaan ekonomi yang semakin baik, nilai mata wang yang utuh dan harga minyak yang rendah berkemungkinan akan menggalakkan lebih ramai orang dari Amerika Syarikat melawat luar negara.



“Negara-negara yang berjiran dengan Amerika Syarikat seperti Amerika Tengah, Mexico dan Kepulauan Caribbean dijangka menyaksikan peningkatan dalam bilangan pelancong dari Amerika Syarikat. Bandar-bandaraya timur Eropah juga dijangkan mendapat manfaat, ini adalah berdasarkan kepada aspek kebudayaan dan ikatan sejarah dengan Amerika Syarikat,” jelas Caroline Bremner, Ketua Perjalanan dan Pelancongan Euromonitor dalam kenyataan sama. - Bernama




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire