Noor Haya (dua kiri) dan Nurul Majdiah (tengah) bersama pekerja Ayamor Cottage menunjukkan aiskrim pasu yang kini mendapat sambutan tinggi pelanggan.
< 1 / 1 >
KUALA BERANG - Apabila menyebut pasu, pastinya ia sinonim dengan bunga, namun kini penggunaannya bukan sekadar dijadikan bekas tanaman sebaliknya mencetuskan fenomena baharu apabila digunakan sebagai bekas aiskrim.
Malah, aiskrim pasu tersebut bagaikan menjadi trend apabila pencuci mulut berkenaan semakin meluas dijual dan tidak terkecuali di daerah ini iaitu di Ayamor Cottage yang diusahakan Noor Haya Asma Ramli, 30, dari Kampung Sungai Ular.
Berkongsi cerita, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata, kelainan rasa dan inovasi fungsi pasu aiskrim yang dihantar pengusaha itu mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan sehinggakan ia mampu terjual mencecah 150 pasu sehari.
Menurutnya, pada asalnya dia hanya berniaga makanan barat seperti chicken chop pada akhir Disember lalu dan membuat penghantaran terus ke rumah pelanggan.
Namun katanya, apabila permintaan makin tinggi, timbul idea agar vendor mempromosikan barangan.
"Bermula dari situ saya guna laman sosial terutamanya facebook untuk mempromosikan produk dan sehingga kini sudah ada kira-kira 20 pengusaha dengan hampir 50 produk merangkumi pelbagai jenis terutamanya makanan yang menjadi viral di internet buat masa ini.
Salah satunya ialah aiskrim pasu diusahakan Nurul Majdiah Abdul Rahim yang didatangkan dengan harga RM7 sepasu bagi saiz kecil dan RM10 (besar)," katanya.
Noor Haya berkata, tidak dinafikan, aiskrim pasu itu menjadi antara daya tarikan kepada pelanggan.
Malah katanya, ada yang sanggup datang dari Pulau Redang dan Dungun hanya semata-mata ingin menikmati aiskrim pasu berkenaan.
"Selain promosi melalui FB, pelanggan juga turut memuat naik gambar mereka bersama aiskrim pasu ke laman sosial, katanya.
Menurut Noor Haya, aiskrim berkenaan baru sahaja dijual 17 Januari lalu dan jualan hari pertama, hanya lima pasu sebelum bertambah dari sehari ke sehari sehinggakan kini mencecah 150 pasu sehari.
Saya tidak sangka ia mendapat sambutan begitu menggalakkan dan selain pelanggan datang membeli di sini, saya turut menyediakan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah termasuklah produk lain yang dijual di sini, katanya.
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire