samedi 31 janvier 2015

Yana kahwin 13 Februari





Yana menegaskan, dia dan Fadzil tidak pernah membohongi sesiapa mengenai hubungan mereka, kerana sebelum ini, mereka merupakan kawan baik.



KUALA LUMPUR, 1 Februari: Pelakon yang popular dengan watak ‘Kak Yong’, Yana Samsudin akhirnya menamatkan teka-teki mengenai hubungan dengan kawan baiknya, Fadzil Zahari, apabila mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya, pada 13 Februari ini.



Menerusi sisipan Berita Harian, Yana atau nama sebenarnya, Norliana Samsudin, 31, berkata hatinya terbuka untuk menerima lelaki yang dikenalinya ketika menjalani penggambaran pada 2008, selepas melakukan solat istikharah, setelah lebih enam tahun berkenalan.



“Jujurnya, saya berada di persimpangan dilema, terima atau sebaliknya. Bapa menyarankan saya melakukan solat istikharah terlebih dahulu. Keluarga bagi saya tempoh bertenang.



“Saya buat solat istikharah, tapi saya tidak nampak apa-apa. Namun, gerak hati saya bagaikan terbuka menerima kehadiran Fadzil. Mungkin inilah petanda yang Tuhan tunjuk, dalam menentukan pilihan hidup,” katanya dipetik Berita Harian.



Majlis pernikahan pada 13 Februari ini akan diadakan di Yong Peng, selepas solat Jumaat, manakala majlis resepsi akan diadakan keesokan harinya.



Majlis menyambut menantu akan diadakan di Jitra, Kedah, pada 7 Mac nanti.



Fadzil pernah menghantar rombongan merisik pada 2010, namun ketika itu, Yana masih belum bersedia.



Namun, selepas Yana menyuarakan kesediaannya untuk bergelar isteri, tahun lalu, sekali lagi Fadzil menghantar rombongan bertunang, pada 14 Disember lalu.



Hubungan mereka pernah dihidu media, namun kedua-duanya menafikan perkara itu dan memaklumkan mereka sekadar berkawan baik sahaja.





Read more: http://ift.tt/1BIvgmT




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire