KUALA LUMPUR 27 Jan. Walaupun ada pelbagai cara memikat hati wanita, namun seorang jurujual minyak wangi memilih untuk menyamar sebagai pegawai polis bagi mencairkan hati gadis pilihannya.
Bagaimanapun tindakan lelaki berusia 31 tahun itu akhirnya terbongkar setelah dia ditahan polis kira-kira pukul 5.20 pagi ketika masuk ke Balai Polis Pantai di sini pada 20 Januari lalu.
Hasil pemeriksaan, pihak polis telah menemukan sepasang uniform polis lengkap dengan aksesori berpangkat Asisten Superintenden (ASP), dua lesen memandu polis, sehelai baju hujan polis serta sehelai jaket polis di dalam kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, suspek yang masih bujang itu datang ke balai tersebut untuk bertemu rakannya yang merupakan pegawai polis serta dipercayai cuba mengelirukan orang ramai supaya kelihatan sering berkunjung ke balai polis.
Sebelum ini kami telah menerima tiga laporan berkaitan penyamaran orang awam sebagai pegawai polis.
Bertindak daripada laporan tersebut, kami telah menahan suspek ketika memasuki balai polis berkenaan kerana berada dalam keadaan mencurigakan, katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini hari ini.
- See more at: http://ift.tt/15LCqh4

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire