Dushyan (kiri) dan Ketua Bahagian Pasca Bayar dan Perniagaan Pelanggan Maxis, Aletheia Yashoda Parameswaran ketika pelancaran MyMaxis App.
MAXIS Berhad (Maxis) optimis mencapai peningkatan dua kali ganda jumlah pelanggan pasca bayar yang menggunakan rangkaian perkhidmatan komunikasi syarikat itu, didorong oleh aplikasi baharunya, MyMaxis App.
Ketua Perniagaan Penggunanya, Dushyan Vaithiyanathan berkata, pada suku ketiga tahun lalu, seramai 2.8 juta pelanggan pasca bayar Maxis dicatatkan.
Aplikasi baharu ini dilancarkan memandangkan lebih daripada 50 peratus masyarakat di Malaysia pada masa kini menggunakan telefon bimbit untuk akses Internet, berbanding 20 peratus dua tahun lalu.
Melihat kepada penembusan pasaran pasca bayar yang tinggi, kami jangkakan penggunaan data menerusi pasca bayar akan berkembang pesat. Pelancaran aplikasi MyMaxis App ini dijangka meningkatkan jumlah pengguna data kami, katanya selepas pelancaran MyMaxis App, di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata, MyMaxis App memudahkan pelanggan Maxis berinteraksi dengan syarikat menerusi akses perkhidmatan terus daripada peranti mereka.
Matlamat kami adalah untuk menjadikan aplikasi ini sebagai pilihan utama bagi semua aktiviti utama pelanggan, katanya.Aplikasi baharu itu membolehkan pelanggan melihat maklumat akaun masing-masing sepintas lalu, memuat turun dan membayar bil, menyemak penggunaan data serta membeli pas data.
Lebih menarik, ia menawarkan lebih 100 ganjaran kepada penggunanya menerusi lima kategori iaitu makanan, pelancongan, hiburan, kesihatan dan kecantikan.
MyMaxis App boleh dimuat turun daripada Google Play bagi pengguna Android, manakala App Store bagi pengguna iOS, sebelum daftar masuk sekali sahaja untuk mengakses akaun serta ganjaran.
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire