samedi 31 janvier 2015

Jackie Chan terima anugerah Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan





PUTRAJAYA – Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mendahului senarai 356 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan, hari ini.



Abdul Gani dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.



Turut menerima SUMW ialah bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Datuk Seri Utama Zulhasnan Rafique.



Selain itu seramai 15 orang dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wira Abu Seman Yusop serta anggota Majlis Ter*tinggi UMNO, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.



Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria; Pengarah Urusan Kumpulan Rangkaian Televisyen dan Radio Media Prima Bhd., Datuk Seri Mohd. Ashraf Abdullah turut menerima darjah tersebut.



Sejumlah 71 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk antaranya ialah Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Fahad Abdullah Hamad Al-Rashid; Pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah, Datuk Mohammad Kazim Elias dan pelakon antarabangsa Hong Kong, Datuk Chan Song Kang @ Jackie Chan.






http://ift.tt/1nisvSS




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire