Chukai: Hanya kerana tidak puas hati isteri enggan menyerahkan kunci kereta, seorang suami bagaikan hilang ingatan apabila mengugut dan merosakkan kenderaan itu dalam kejadian di Kampung Baru Kanan, Kemasik, dekat sini.
Dalam kejadian jam 10.30 malam Rabu lalu, suspek turut merosakkan motosikal Modenas milik isteri dan memecahkan cermin rumah sebelum keluar meninggalkan isteri yang ketakutan dengan tindakan suami terbabit.
Menurut sumber, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 34 tahun berehat di rumahnya di kampung sebelum didatangi suami yang kemudian meminta kunci kereta daripada mangsa.
Pada masa sama suspek mengugut akan melakukan sesuatu sekiranya mangsa enggan menyerahkan kunci kereta berkenaan kepadanya.
Suspek turut mengugut akan mengulangi perbuatan itu pada waktu malam selain mengeluarkan kata-kata tidak ada apa-apa hubungan antara mereka selepas kejadian itu, katanya.
Mangsa yang ketakutan dengan ugutan suspek kemudian membuat laporan di Balai Polis Kemasik pada jam 12.03 tengah malam kelmarin.
- See more at: http://ift.tt/1vcx3nv

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire