ISNIN, 28 SEPTEMBER 2015 @ 8:02 AM
ISTERI Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar ketika di ibu pejabat PBB, New York. - Foto BERNAMA
USAHA mencapai matlamat memperkasa wanita dan kesamarataan gender tidak boleh dicapai secara sendirian, sebaliknya kerjasama berasaskan amanah dan saling menghormati, adalah resipi kritikal untuk berjaya.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata semua pihak perlu bekerjasama, dalam perkongsian bersepadu bersama yang lain, untuk menyokong dan melaksanakan program bagi memperkasa wanita untuk mencapai kesemarataan gender.
"Di Malaysia, kerajaan amat sensitif dan responsif terhadap suara wanita dan secara konsisten bekerjasama bersama badan bukan kerajaan (NGO), masyarakat madani dan sektor swasta untuk memperkenal dan menambahbaik dasar, strategi dan program.
"Malah, menginstitusikan pembaharuan perundangan dan menubuhkan struktur institusi seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memajukan kesemarataan gender," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mengenai Kesamarataan Gender dan Pemerkasaan Wanita di Ibu pejabat PBB, New York.
Hadir sama ialah isteri pemimpin dari Cyprus, Comoros, Costa Rica, Guyana, Malawi, Belanda, Rwanda, Serbia, Afrika Selatan, Indonesia dan Poland. Namun, hanya isteri pemimpin Malaysia, Rwanda dan Cyprus diberi slot berucap.
*Ada rujuk Al-quran & hadis dok nok buat menda2???*:)):)):)):))

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire