dimanche 27 septembre 2015

Kontrak hadapan emas dijangka meningkat berikutan penyusutan ringgit

KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka meneruskan momentum meningkat jika mata wang tempatan terus menyusut, kata peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Leo Goh Boon Hao.

Beliau berkata, pasaran hadapan emas juga dijangka menyaksikan pengambilan untung berikutan pelarasan teknikal. "Jika terdapat perbezaan harga di antara penutup hari ini dan harga pembukaan akan datang, harga akan akan merosot bagi menjejaki dan menutup perbezaan itu.

"Bagaimanapun, ia juga akan bergantung kepada pergerakan ringgit berbanding dolar AS. Jika ia terus merosot, harga emas akan meningkat dan begitulah sebaliknya," katanya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, September 2015, Oktober 2015, November 2015 dan Disember 2015 meningkat 147 mata tiap satu masing-masing kepada RM161.60, RM162.05, RM162.15 dan RM162.10 segram.

Volum untuk minggu yang pendek disebabkan cuti, meningkat kepada 641 lot bernilai RM10.12 juta berbanding 531 lot bernilai RM8.08 juta sebelum ini. Kepentingan terbuka lebih tinggi pada 1,274 kontrak berbanding 1,030 kontrak minggu lepas. Pasaran ditutup pada Khamis sempena cuti Aidiladha.


Selanjutnya di : http://ift.tt/1OXMOWD


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire