7 pendaki sesat di Gunung Bujang Melaka selamat
IPOH - Empat lelaki dan tiga wanita yang sesat ketika menuruni Gunung Bujang Melaka di Kampar, dekat sini, petang tadi berjaya ditemui, 10 malam ini.
Mereka ialah Chan Yeen Kong (L), Yap Chong Loo (L), Ng Kee Wah (L), Kong Sang Wah (L), Ang Ai Lean (P), Ng Sun Sun (P) dan Chai Moy (P) berumur antara 20 tahun dan 50 tahun.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, dalam kejadian 5.30 petang itu, kesemua mereka merupakan pendaki gunung berasal dari Kuala Lumpur, Tapah, dan Langkap telah mendaki gunung dari kaki bukit sekitar Sekolah
Kebangsaan De La Salle Kampar ke Gunung Bujang Melaka.
"Bagaimanapun, semasa menuruni bukit mereka dipercayai tersesat.
"Mereka ditemui dalam keadaan selamat oleh pihak Bomba dan Penyelamat Kampar di atas bukit berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, operasi itu turut dibantu oleh anggota polis bagi memastikan kesemua pendaki berjaya turun dengan selamat. - Bernama
http://ift.tt/1vFVyaZ

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire