lundi 1 septembre 2014

Pelacur asing tak takut polis

KUALA LUMPUR - Aktiviti pelacuran dan pondan di Lorong Haji Taib di sini bagai tiada kesudahan. Jika dahulu kawasan itu dibanjiri pelacur dan pondan warga tempatan, kini ia mula dikuasai warga asing.



Antara pelacur warga asing yang dikesan menjaja tubuh di lorong berkenaan ialah warga Indonesia, India, Vietnam dan terbaharu wanita Filipina.



Mereka beroperasi di situ seolah-olah tanpa takut kepada pihak berkuasa walaupun terdapat sebuah balai polis yang terletak berhampiran kawasan itu.



Wartawan Kosmo! yang melakukan tinjauan di lorong berkenaan mendapati golongan tersebut pada mulanya agak malu-malu apabila berselindung di sebalik pintu namun mula memenuhi kaki lima jalan berkenaan mencari lelaki hidung belang mulai pukul 2 pagi.





sumber:http://ift.tt/1x3d36R




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire