22 SEPTEMBER 2014
Sukan Asia: Skuad badminton negara dibaham China 3-0

INCHEON: Skuad badminton negara gagal melepasi Tembok Besar China apabila kalah 0-3 dalam perlawanan separuh akhir acara berpasukan lelaki di Gyeyang Gymnasium, hari ini.
Dalam final menentukan pingat emas, China yang dipimpin Chen Long dan Lin Dan akan bertemu tuan rumah, Korea Selatan yang menewaskan Taiwan. Sedikit penawar untuk Malaysia adalah mereka mendapat gangsa bersama Taiwan selaku pasukan yang kalah dalam separuh akhir.
Chong Wei gagal menyumbang mata pertama apabila kecundang kepada Chen Long 17-21, 21-9, 11-21. "Saya berada dalam keadaan yang baik tapi Chen Long bermain lebih bagus. Saya akan tumpu pada acara individu pula," katanya.
Chen Long pula menyifatkan Chong Wei tidak menampilkan corak permainan sebenarnya. "Saya mendahului sepanjang perlawanan dan mendapati Chong Wei bermain dengan tekanan. Chong Wei tidak menunjukkan prestasi sebenarnya," katanya.
Pasangan beregu negara, Tan Boon Heong-Hoon Thien How yang bermula garang pada set pertama seperti membuka jalan untuk menyamakan mata namun terpaksa tunduk dengan kehebatan pasangan China Xu Chen-Zhang Nan yang menang 14-21, 21-15, 21,10.
Perseorangan kedua negara, Chong Wei Feng ternyata tidak setanding jaguh handalan Lin Dan apabila tunduk mudah 11-21,12-21.
Sementara itu, jurulatih badminton negara, Tey Seu Bock berkata beliau berpuas hati dengan corak dan cara permainan Chong Wei yang lebih tenang dan terbuka.
"Saya gembira dengan cara Chong Wei yang nampak lebih positif dan ini mengurangkan tekanan kepada beliau sendiri.
"Inilah yang saya mahu lihat supaya Chong Wei tidak terlalu memikirkan tekanan untuk menang sebaliknya seronok dengan permainannya," katanya. - BERNAMA
Chong Wei yang tidak pernah memenangi pingat emas pada Sukan Asia menerima undian awal yang agak mudah, namun langkahnya untuk mencari tiket akhir cukup berliku kerana perlu berdepan pemain yang telah mengalahkannya sebanyak 22 kali, Lin Dan.
Chong Wei, yang menang sembilan daripada 31 pertemuan dengan Lin Dan mendapat bye di pusingan pembukaan dan bakal berdepan Umer Zeesham dari Pakistan di pusingan kedua.
Kali terakhir Chong Wei bertemu Lin Dan adalah pada Kejohanan Dunia di Guangzhou, China tahun lepas.
Chong Wei Feng pula menganggap dirinya bernasib malang kerana terpaksa berdepan Chen Long seawal pusingan kedua.
"Ini undian yang amat buruk," kata perseorangan kedua negara itu, yang menerima bye pada pusingan pertama.
Laluan getir juga menanti dua beregu lelaki negara kerana menerima undian sukar seawal pusingan pembukaan lagi.
Artikel Penuh: http://ift.tt/1oeSF9y
© Utusan Melayu (M) Bhd

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire