MEKAH 1 Okt. - Tabung Haji akan melaksanakan Badal Haji pada Musim Haji 1435H ini untuk 25 orang termasuk 10 anak kapal yang terkorban dalam insiden Malaysian Airlines MH17 pada 17 Julai lalu dan lapan remaja yang mati lemas di Sungai Muar, Buluh Kasap, Segamat, Johor, 21 Februari tahun ini.
Mengumumkan demikian hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, badal haji turut dilaksanakan untuk anggota polis marin, Allahyarham Ab Rajah Jamuan yang terkorban dalam insiden pencerobohan dan serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Pulau Mabul, Semporna, Sabah, 12 Julai lalu.
Menurutnya, tersenarai sama sebagai penerima badal haji ialah enam bakal jemaah Malaysia yang meninggal dunia sebelum wukuf.
"Badal haji ini dilaksanakan untuk 25 warga Malaysia yang terkorban dalam beberapa insiden yang melanda negara baru-baru ini dan juga kepada bakal-bakal jemaah haji yang meninggal dunia sebelum wukuf.
"Sebagai sebuah institusi yang diamanahkan dalam pengurusan haji, badal haji ini adalah antara tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Tabung Haji setiap tahun khususnya kepada bakal-bakal haji tahun semasa yang meninggal dunia sebelum wukuf dapat diselesai dan disempurnakan haji mereka.
"Juga sebagai keprihatinan kita terhadap rakyat Malaysia yang gugur dalam menjalankan tugas menjaga dan mempertahankan kedaulatan negara," kata beliau.
Nilai badal haji untuk setiap seorang adalah RM2,500, menjadikan keseluruhannya RM62,500.
Terdahulu, Jamil Khir yang disertai Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail mengadakan pertemuan dengan para jemaah haji Malaysia di maktab penginapan 88, 89 dan 90 di Hotel Land Premium, di sini.
Jamil Khir berkata, bagi insiden MH17 yang ditembak jatuh dengan peluru berpandu di timur Ukraine itu, pihaknya amat prihatin dan melahirkan simpati kepada kakitangan Malaysia Airlines System (MAS) yang dianggap sebagai keluarga Tabung Haji sendiri.
"Ini di mana Tabung Haji dan MAS saling bekerjasama setiap tahun dalam mengendalikan jemaah haji Malaysia melalui pesawat MAS.
"Untuk arwah Koperal Ab Rajah, ia sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan besar beliau demi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara daripada ancaman penceroboh dan musuh," katanya.
Setakat ini, sejumlah enam bakal jemaah dilaporkan meninggal dunia pada musim haji tahun ini.
http://ift.tt/1tikPSM

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire