samedi 25 octobre 2014

Gempar paip gas bocor dilanggar Nissan Serena di stesen minyak



KEADAAN paip yang rosak dilanggar MPV manakala air digunakan untuk tujuan penyejukan.



Kuala Lumpur: Lima belas pekerja dan pelanggan stesen minyak di Taman Sri Rampai, Setapak, di sini, gempar selepas Nissan Serena melanggar paip yang mengakibatkan berlaku kebocoran gas, dalam kejadian 1.30 petang ini.



Kejadian itu mengakibatkan beberapa pelanggan meninggalkan kawasan kejadian sebaik mendengar dentuman akibat rempuhan kenderaan itu.



Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.42 petang.



Katanya, apabila tiba di stesen minyak berkenaan, anggota bomba mendapati berlaku kebocoran gas selepas paip berkenaan dilanggar.



“Siasatan lanjut masih dijalankan mengenai punca MPV terbabit melanggar paip itu. Bomba masih menunggu pakar stesen minyak berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.



Beliau berkata, dua belas pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Wangsa Maju dan Setapak dikerahkan ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja penyejukan ke atas paip itu.





- See more at: http://ift.tt/1skZbMA




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire