Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan penyebaran berita palsu mengenai penjualan organ manusia dan perogol bersiri kononnya berikutan pembongkaran pihak berkuasa negara jiran berhubung cubaan penghantaran organ manusia yang diawet ke Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, pada bulan Jun lalu, pihaknya pernah mengeluarkan kenyataan berhubung penyebaran maklumat palsu kononnya suspek dikenali sebagai Mohd Faris Farhan Akhlaken Ahmad dikehendaki polis kerana membunuh beberapa mangsa untuk mendapatkan organ sebelum dijual di negara jiran.
Bagaimanapun, katanya, berita palsu itu kembali aktif disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab sehingga orang ramai risau dengan keselamatan diri dan ahli keluarga mereka.
"PDRM ingin menegaskan sekali lagi, pihak polis negara ini tidak pernah menerima maklumat mengenai sebarang laporan polis yang menjurus kepada kejadian berkenaan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan atau berkongsi maklumat palsu kerana tindakan itu boleh mencetuskan kebimbangan dan menjejaskan ketenteraman awam.
- See more at: http://ift.tt/1x2jQbj

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire