samedi 1 novembre 2014

Lelaki bakar rumah sendiri

Georgetown: Seorang lelaki berusia 60 tahun disyaki kurang siuman membakar kediamannya di tingkat tiga Flat Desa Selatan di sini, jam 1 petang tadi.



Tindakan itu menyebabkan hampir 60 peratus kediaman itu membabitkan bahagian dapur dan ruang tamu hangus dijilat api.



Penduduk menyedari tindakan lelaki itu selepas terlihat kepulan asap tebal yang keluar dari premis berkenaan.



Mereka kemudian bertindak menghalang lelaki berkenaan sebelum memadamkan api sedang marak menggunakan air paip.



Kerjasama penduduk berhasil apabila api berjaya dipadamkan dalam masa beberapa minit kemudian.



Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian.



Lelaki berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan namun dia tetap dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.





- See more at: http://ift.tt/1sVdoA5




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire