samedi 1 novembre 2014

Mike Tyson dedah pernah dicabul lelaki tua





NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT . Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson mengaku pernah dibuli secara seksual semasa dia masih kanak-kanak.



Pengakuan tersebut dibuat kepada Pengacara Opie Radio, Jim Norton dalam sebuah wawancara yang diadakan baru-baru ini.



Mengulas mengenai kesulitan yang dihadapi semasa membesar di Catskills, New York, Tyson berkata, ketika dia berumur tujuh tahun, dia pernah diculik oleh lelaki tua yang menjadikan dia sebagai mangsa seksual kepada lelaki tersebut.



“Saya dibuli oleh dia, saya dianiaya dari segi seks dan bermacam hal lagi.



“Dia tarik saya dari tepi jalan. Saya hanya seorang kakak-kanak lelaki pada waktu itu. Selepas dari kejadian itu, saya tidak pernah lihat dia lagi,” katanya.



Tyson, 48, menyandang gelaran juara paling muda apabila dia mengalahkan Tony Tucker pada tahun 1987.



Peristiwa hitam yang terjadi dalam hidupnya dirahsiakan dari pengetahuan media sebelum ini.



Menurut Tyson lagi, penculiknya telah ditangkap di atas dakwaan pemerkosaan ke atas remaja 18 tahun di Desiree Washington dan dipenjara selama tiga tahun.





http://ift.tt/1qfB6qY




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire