jeudi 20 novembre 2014

Pegawai pentadbiran didakwa ugut, lakukan khianat terhadap pesara

PETALING JAYA - Seorang pegawai pentadbiran sebuah syarikat swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap dua pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan khianat dengan menghentak bonet kereta milik seorang pesara menggunakan pengunci steering.



Bagi pertuduhan pertama, Ridwan Rahmat, 32, didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Chin Saw Thon, 67, dengan niat menyebabkan pesara itu merasa cemas.



Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Persiaran Tujuan, Subang Perdana, USJ 8, Goodyear Court 5, Subang Jaya, di sini pada 2.30 petang 15 November lepas.



Dia didakwa mengikut Seskyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.



Bagi pertuduhan kedua, Ridwan didakwa melakukan khianat dengan menghentak bonet dan cermin sebelah kanan pada bahagian hadapan kereta Mercedes Benz milik pesara itu dengan menggunakan pengunci steering. - Bernama




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire