Kuala Lumpur: Seorang pemandu teksi berusia 28 tahun ditahan selepas dipercayai terbabit dalam 21 kes samun penumpang sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan sejak setahun lalu.
Tangkapan berjaya dilakukan sepasukan anggota polis dari cawangan D4 Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields jam 6.15 petang Isnin lalu di sebuah flat di Kuchai Lama selepas mendapati teksi yang dipandu lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, pihaknya berjaya menemui 86 barangan yang disamun daripada penumpang yang dianggarkan bernilai RM50,000.
"Antaranya termasuk telefon bimbit, dompet, kad bank, kad pengenalan, loket dan wang tunai.
"Suspek berasal dari Negeri Sembilan ini turut mempunyai dua rekod lampau iaitu kes cabul dan menyertai perhimpunan Bersih 3.0 sebelum ini," katanya.
Beliau berkata, suspek ditahan reman selama empat hari untuk disiasat dibawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.
http://ift.tt/11AYjxt
ANTARA barang yang dirampas. FOTO Fadly Samsudin.

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire