ORLANDO 23 Nov. Sebuah roller coaster tertinggi di dunia bakal dibina tahun depan di sebuah taman tema baharu yang dikenali sebagai Skyplex, di sini.
Laman web Yahoo News me*laporkan, roller coaster yang dikenali sebagai The Skyscraper itu mempunyai ketinggian 163 meter, 25 meter lebih tinggi daripada roller coaster tertinggi di dunia ketika ini iaitu Kingda Ka di Six Flags Great Adventure, di New Jersey yang mempunyai ketinggian 138 meter.
Pembinaan The Skyscraper yang bernilai AS$250 juta (RM837 juta), dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2017.
Menurut syarikat tempatan, US Thrill Rides yang mereka The Skyscraper, penggemar roller coaster tersebut bakal melalui pengalaman mendebarkan selama empat minit menaiki permainan berkenaan.
Reka bentuknya yang unik akan menyebabkan pengguna berpusing-pusing, bergerak ke atas dan ke bawah pada kelajuan yang tinggi.
The Skyscraper bakal membuatkan penggemar*nya kecut perut apabila mencapai kelajuan 206 kilometer sejam dalam tempoh 3.5 saat. jelas US Thrill Rides.
Sebagai promosi kepada pembinaan roller coaster tersebut, US Thrill Rides menerbitkan sebuah video memaparkan ilustrasi komputer The Skyscraper bergerak laju di landasannya.
Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna YouTube antaranya me*nyatakan Saya rasa mual hanya dengan menonton video ini. Buat masa ini, saya langsung tidak berhasrat menaiki permainan itu.
http://ift.tt/1uXXbyz
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire