dimanche 2 novembre 2014

SPAD tidak akan sokong permohonan pekerja asing

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan menyokong permohonan mana-mana pengusaha atau persatuan pengangkutan awam darat untuk mengambil pekerja asing untuk menampung kekurangan pekerja



Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, mereka sebaliknya perlu mencari inisiatif ataupun formula lain untuk menangani isu tersebut.



"SPAD tidak akan menyokong permohonan ini. Pengusaha atau persatuan perlu mencari inisiatif atau formula untuk menarik pekerja khasnya golongan muda untuk bekerja di sektor ini," katanya.



Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Keselamatan Pemandu Lori Berat Johor di Galeri Pameran Truck Nation Malaysia Sdn. Bhd. yang dianjurkan Persatuan Pengusaha Lori Bahan Batuan Johor di sini hari ini.



Secara peribadi Syed Hamid berkata, bilangan pekerja asing yang terlalu ramai boleh menimbulkan ancaman keselamatan kepada negara dan jumlah pekerja asing yang ada kini, sudahpun mencecah tiga juta. - Bernama




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire