vendredi 5 décembre 2014

Kes gadis bunting di Sarawak serius

KUCHING 5 Dis. – Kerajaan Sarawak akan menubuhkan jawatankuasa pusat sehenti remaja hamil untuk menangani masalah berkenaan yang didapati semakin serius di negeri ini.





Fatimah Abdullah



Penubuhan jawatankuasa berkenaan ekoran statistik menunjukkan bilangan dan peratusan kehamilan melibatkan remaja mengikut peringkat umur bagi tahun lalu dan Januari hingga Oktober tahun ini adalah sangat tinggi.

Bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini, terdapat 120 kes remaja berusia 10 hingga 14 tahun dilaporkan hamil di Sarawak berbanding 108 kes pada tahun lalu.



Dalam tempoh sama, remaja hamil berusia 15 hingga 17 tahun mencatatkan 1,349 kes berbanding 1,775 kes (2013), manakala 18 hingga 19 tahun sebanyak 1,319 kes berbanding 2,195 kes (2013).



Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan negeri, Datuk Fatimah Abdullah berkata, pihaknya berharap jawatankuasa tersebut dapat ditubuhkan pada tahun depan sebagai permulaan sebelum menubuhkan Pusat Sehenti Remaja Hamil di hospital di negeri ini.



“Kita mulakan dengan jawatankuasa terlebih dahulu yang dianggotai oleh pelbagai agensi yang berkaitan seperti Jabatan Kesihatan, Unit Perancang Keluarga, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan.



“Selepas ia mantap, barulah kita menubuhkan Pusat Sehenti Remaja Hamil yang dirancang pada tahun depan atau akhir tahun ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat sehenti remaja hamil di Taman seri Puteri, Telaga Air, dekat sini semalam.



Mengulas lanjut, Fatimah berkata, jawatankuasa tersebut memainkan peranan memberi sokongan dan bantuan secara bersepadu dan holistik untuk membantu remaja hamil di negeri ini.



Katanya, jawatankuasa berkenaan akan dikemukakan kepada kerajaan negeri untuk diiktiraf oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).



Tambahnya, tumpuan harus diberikan kepada remaja hamil supaya mereka dapat menjaga kandungan dan mendapat perlindungan serta pendidikan khas memandangkan mereka sepatutnya masih berada di sekolah.



“Dalam masa sama, kami di kementerian akan memberi tum*puan terhadap isu berkaitan dengan pencegahan dari segi kehamilan bagi mengelak trend remaja hamil berterusan meningkat.



“Kita mneyasarkan untuk me*nubuhkan Pusat Sehenti Remaja Hamil di hospital di Kuching terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke kawasan lain,” ujarnya.





- See more at: http://ift.tt/12Lc8La




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire