Kemasukan peserta industri telefon pintar dari China akan meningkatkan persaingan seterusnya mencetuskan perang harga. gambar hiasan
WASHINGTON 5 Dis. Pasaran global telefon pintar dijangka mengalami pertumbuhan perlahan dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan persaingan sengit bakal menyaksikan penurunan harga produk berkenaan
Penganalisis firma penyelidikan IDC, Melissa Chau berkata, jualan telefon pintar pada 2015 diunjurkan sebanyak 1.5 bilion unit, tumbuh sebanyak 12.2 peratus berbanding jualan tahun ini.
Katanya, peratusan pertumbuhan itu walau bagaimanapun adalah separuh lebih rendah berbanding tahun ini iaitu pada kadar 26 peratus.
Penurunan pertumbuhan ni dijangka akan berterusan sehingga 2018 dengan peningkatan purata sepanjang tempoh itu sebanyak 9.8 peratus setahun.
Harga telefon pintar secara signifikan berkemungkinan jatuh daripada harga jualan purata sebanyak AS$297 (RM 1,024) pada 2014 kepada AS$241 (RM830) menjelang 2018, katanya di sini baru-baru ini.
Menurut beliau, kemasukan peserta industri telefon pintar dari China ke pasaran global dalam masa sama meningkatkan persaingan seterusnya mencetuskan perang harga.
Segmen bagi telefon pintar premium dijangka tidak berubah dan kami menjangkakan telefon pintar bagi segmen mampu milik akan memiliki spesifikasi dan ciri teknologi lebih meluas.
Pengguna tidak perlu beralih kepada segmen telefon pintar mewah untuk memiliki telefon pintar yang berkualiti dengan pengalaman lebih baik, katanya.
Sementara itu, penganalisis IDC, Ramon Llamas menjangkakan peranti Android berkuasa Google akan terus menguasai pasaran dengan 80 peratus daripada telefon pintar global dan 61 peratus bagi pendapatan.
Tambahnya, iPhone akan mewakili 13 peratus daripada unit telefon pintar global yang dijual dan penghantaran pula dijangka berkurangan pada masa akan datang. AFP
- See more at: http://ift.tt/1vVYYEP
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire