KUALA LUMPUR: Penyokong bola sepak Vietnam digesa tidak bertindak balas menyerang penyokong Malaysia pada saingan separuh akhir kedua, Piala AFF Suzuki di Hanoi, Khamis ini.
Tran Song Hai dari Persatuan Penyokong Bola Sepak Vietnam berkata, tidak perlu ada misi membalas dendam ke atas kira-kira 1,000 penyokong Harimau Malaya yang dijangka hadir menyaksikan perlawanan itu kelak.
"Mereka bukan ekstremis. jangan membalas dendam ke atas mereka," katanya kepada saluran media VTC.
Naib Presiden dan jurucakap Persatuan Bola Sepak Vietnam, Nguyen Xuan Gu menambah insiden yang berlaku di Stadium Shah Alam, semalam adalah sesuatu yang tidak dijangka dan dilakukan oleh penyokong yang ekstremis.
Awal pagi tadi, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam laman sosial facebooknya, memohon maaf kepada penyokong Vietnam yang diserang penyokong tempatan.
"Tindakan ganas segelintir penyokong Malaysia ini tidak mewakili rakyat Malaysia yang sebenar," katanya.
Sementara itu, bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Subahan Kamal berkata keganasan bola sepak seperti satu trend yang membimbangkan di negara ini.
"Secara jujur, unsur keganasan dalam bola sepak membimbangkan di Malaysia. Pihak berkuasa harus bertindak pantas untuk mengelak insiden seperti ini berulang," katanya.
Minggu lalu, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenakan denda AS$10,000 (RM34,000) ke atas FAM atas kegagalan mengawal tingkah laku penyokong ketika perlawanan persahabatan menentang Filipina, Mac lalu. - AFP
http://ift.tt/1wnPLsr

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire