Baru-baru ini tersebar satu foto di laman sosial tentang seorang pakcik yang menjual aiskrim bagi menampung pembelajarannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD). Difahamkan pakcik tersebut berasal daripada Medan, Indonesia dan merupakan seorang lepasan sarjana usuluddin.
Untuk pengetahuan korang, pakcik ini sedang menyempurnakan pengajian di peringkat PhD di Universiti Malaya.
Menurut kenyataan yang dipetik dari pemilik laman Facebook Aris Hazlan Ismail, setiap hari pakcik ini akan mengayuh basikal menjaja ais krim yang dibuat sendiri di sekitar Taman Melati, Kuala Lumpur. Setakat hari ini, cerita tentang pakcik ini telah mendapat 332 perkongsian di Facebook.
Untuk pengetahuan korang, aiskrim pakcik ini ada nama tau, OSDA yang membawa maksud Orang Sabar Disayangi Allah.
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire