Pegawai perubatan memeriksa keadaan mangsa yang tidak sedarkan diri selepas terjatuh ketika berjoging
< 1 / 1 >
KAMPAR Seorang lelaki warga emas disahkan meninggal dunia di puncak Bukit Batu Berangkai di sini, kelmarin.
Ketika kejadian, Chu Khum Cheok, 59, yang berasal dari Taman Sejahtera di sini, berjoging bersama isteri dan rakan-rakannya dengan menaiki bukit berkenaan pada kira-kira jam 7 pagi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Mohd Yamin Naib berkata, pihaknya menghantar sepasukan penyelamat ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan mangsa pengsan di bukit berkenaan pada jam 8.01 pagi.
Menurutnya, sebuah jentera bersama tujuh anggota menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan mendaki bukit setinggi 1,000 meter sebelum menemui mangsa terbaring di dalam hutan berkenaan.
Berdasarkan maklumat awal daripada isteri mangsa, dia memberitahu mangsa terjatuh ketika joging dan terus tidak sedarkan diri.
"Pegawai perubatan yang juga tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
Bomba menggunakan pengusung dan tali untuk menurunkan mangsa, katanya.
Mohd Yamin berkata, mayat warga emas tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut setelah operasi tamat pada jam 9.35 pagi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Asisten Superintendan Noor Janihan Nanyan berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire