Bencana alam seperti banjir atau gempa bumi adalah sunah alam pada asalnya. Bagaimanapun Allah meminta manusia mengurangi kadarnya. Kemudian selepas itu (ikhtiar), maka Allah akan tentukan.
Contohnya, musim perayaan/percutian akan mengakibatkan bencana kemalangan. Tetapi pelbagai usaha dilakukan bagi mengurangi kadarnya. Jika boddoh untuk mengurangi kadar dengan membiarkan jalan raya bahaya atau rosak, maka boddoh juga untuk mengurangi banjir (musim hujan) dengan pembalakan, perparitan dan sampah tidak terkawal.
Kerja boddoh pembalakan tidak terkawal ini berlaku di mana-mana negeri. Tetapi istimewanya Kelantan kerana jenayah kopiah putih ini dilakukan kepimpinan ulama pewaris nabi. Diburukkan lagi dengan perparitan, saliran dan sampah yang dasyat di Kelantan berbanding negeri lain.
Pemilihan pemimpin di Kelantan (dunia Islam) pula dicandukan atas nama imej dan sijil agama. Sedangkan itu hanyalah daya hafal. Seumpama orang yang hafal formula matematik, tetapi tidak faham konsep untuk menggunakannya. Daya hafal tinggi. Daya IQ rendah. Mereka diangkat menjadi pemimpin. Maka, semua permasalahan diselesaikan dengan cara mempamerkan dalil yang 'bau-bau bacang'. Dunia Islam sudah lama perlahan-lahan rosak, mundur dan binasa.
Kelantan bermula dengan sukar kerana menentang kerajaan persekutuan (politik jakun negara). Maka sumber ekonominya tersekat. Tetapi, ini bukan cerita sepenggal dua. Kini masuk lebih 20 tahun, belanjawan Kelantan tepu (tiada idea dan tidak tahu ekonomi) sekitar RM300 juta setahun dengan sumber pembalakan mencecah 30% daripadanya.
Dalam tajuk pembalakan, penghafal kepimpinan ulama 'pewaris nabi' ini, mereka menjadikan balak sebagai pemilikan swasta. Runding terus tanpa tender terbuka. Ini menjadikan sumber pendapatan daripada balak, kecil untuk negeri. Dan memerlukan tebangan berganda luas.
Daripada hadis sosialis yang dipertikaikan ulama penghafal :
"Manusia itu berkongsi dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api” [HR Abu Daud].
Ini bermakna hutan bukan milik swasta. Ianya milik sosial (rakyat). Tender terbuka harus dilakukan atas kerja tebang dan bawa (pengangkutan) saja. Balak kekal milik negeri. Dijual oleh negeri, bukan swasta berserban berjubah atas nama Tuhan dan nabi. Dengan demikian ini, keluasan hutan yang kecil tetapi pendapatan yang besar. Jika sebelum ini 5,960 hektar balak swasta setahun untuk 30% belanjawan, maka mungkin 3,000 hektar setahun saja untuk 30% belanjawan.
Dan ini bukan sepenggal dua disekat kerajaan pusat. Jika kreatif untuk sumber lain, maka Kelantan sudah lama meninggalkan pembalakan. Tidak perlu menjadi Singapura (tiada sumber alam) 100%. Kelantan negeri tidak merdeka. Cukup menjadi 20% - 30% Singapura dalam keadaan sudah pun 20 tahun 'terpisah' daripada kerajaan pusat.
Baiklah. Sekarang baru masuk ke tajuk pembentangan yang diringkaskan ini. Semua korupsi atas nama Tuhan, atas nama nabi, atas nama bangsa ini berpunca daripada sistem pilihan raya yang kita amalkan.
Kerana pemilihan dilakukan atas konsep jenama. Di kertas undi diletakkan jenama. Apabila begini:
Maka, rakyat mengundi kerana jenama. Letak sesiapa yang tidak berjasa kepada Parlimen/DUN pun boleh menang kerana jenama. Maka wujudlah ahli Parlimen/DUN yang boddoh sombong, yang kelakar, yang muncul ketika musim.
Ratus juta ringgit setiap pilihan raya untuk mengiklankan jenama. Bendera, cenderahati, petugas/kontraktor bendera, pengiklanan dan sebagainya yang berlogo.
Apabila kos jenama untuk dikenali atas kertas undi menelan ratus juta, maka, parti yang pemerintah mula mengamalkan korupsi. Mari lihat rajah kemusnahan ini:
a. Balak, tanah, galian (sumber rakyat bukan milik swasta) tidak ditender terbuka. Serah ke ulama A.
b. Hasil dipecah 3. Pertama, ulama A bagi sumbangan ke parti atas nama Muhammad, kedua pendapatan peribadi ulama A, ketiga pendapatan negeri.
c. Maka pendapatan negeri untuk pemilikan sosial tadi hanya 1/3. Maka untuk kos memerintah perlu tebang lebih banyak hutan. Maka, kemusnahan/bencana mula berada di leher mak ayah, sanak keluarga kita sendiri. Bila masa ia memancung kita, kita ditawarkan ulama sabar pahala syurga bidadari. Kos selawat perdana untuk reda tuhan bernilai RM200,000. Sedangkan Allah tidak aniaya hambanya. Kita sendiri pilih kerana kita boddoh tidak berilmu. Kita adalah penagih candu agama ulama akhir zaman.
Anda boleh lihat sendiri imej satelit Google versi terbaru. 2014. Divideokan oleh sahabat ahli dalam IT, Ah Lis. Diiktiraf kesahihannya oleh Malaysiakini. Kemusnahan hutan dan alam oleh parti Islam dan pewaris nabi.
Semua ini bermula dari kertas undi mempunyai jenama (logo). Jenama dan organisasi adalah perlu. Pengiklanan jenama dan organisasi juga adalah perlu. Tetapi apabila logo itu diletakkan atas sehelai kertas undi, maka segala kebobrokan pun bermula. Anda tidak akan dapat mengetahui ini daripada ulama penghafal pewaris nabi (kononnya). Andalah yang menghentikan pisau bencana yang berada ditengkuk leher ibu ayah, sanak keluarga setiap tahun.
Selamat tinggal Disember 2014. Selamat datang Disember 2015. – 2 Januari, 2015.
* Penulis ialah pembaca The Malaysian Insider.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
- See more at: http://ift.tt/1DbjwvC

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire