Ravintharan (kiri) dan Shanti Jusnita menunjukkan perkhidmatan Maybank mPOS yang ditawarkan kepada PKS.
MALAYAN Banking Bhd (Maybank) bekerjasama dengan Maxis Bhd (Maxis) menawarkan perkhidmatan mPOS, yang membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memanfaatkan faedah pembayaran mudah alih tanpa wayar untuk pertumbuhan perniagaan.
Ketua Kumpulan Kad Maybank, B Ravintharan berkata, perkhidmatan tersebut selaras dengan strategi bank untuk mempromosikan transaksi tanpa tunai dalam segmen PKS.
Maybank mPOS merupakan alat pembayaran mudah alih yang membolehkan peniaga menerima sebarang bayaran kad pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Perkhidmatan ini menyediakan pembayaran kad mudah alih menerusi peranti pintar yang hanya memerlukan peniaga memasukkan card reader mPOS ke dalam telefon pintar masing-masing dan memasang aplikasi mPOS untuk mengaktifkan fungsi ini, katanya selepas pelancaran Maybank mPOS, di Kuala Lumpur, semalam.
Ravintharan berkata, Maybank menjangkakan mampu menarik 4,000 peniaga baharu menggunakan perkhidmatan mPOS dalam tahun pertama ia diperkenalkan.
Maybank menyasarkan pertumbuhan 20 peratus dalam transaksi kad bil PKS pada tahun ini berbanding pencapaian RM10 bilion pada 2014. Peningkatan itu akan dirangsang oleh perkhidmatan baharu kami, katanya.
Sementara itu, Ketua Pemasaran Perusahaan Mudah Alih Maxis, Shanti Jusnita Johari berkata, perkhidmatan Maybank mPOS disediakan sebagai penyelesaian mudah alih kepada segmen sasaran di bawah pelan MaxisOne Business termasuk pelanggan PKS terbesar syarikat telekomunikasi itu.
Menerusi pelan MaxisOne Business, PKS hanya perlu melabur sekurang-kurangnya RM10 sebulan dan sifar kos pendahuluan untuk menikmati perkhidmatan tersebut, katanya.
Perkhidmatan Maybank mPOS menerima pembayaran kad dikeluarkan American Express, Mastercard dan Visa.
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire