KUALA LUMPUR - Pelaburan Hartanah Nasional Bhd (PHNB) kini milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) setelah PNB mengambil alih baki 30 peratus saham itu pada bulan lepas. Dalam satu kenyataan hari ini, PNB berkata pengambilalihan ini membabitkan pembelian 300,000 saham biasa PHNB milik Malayan Banking Bhd (Maybank) yang telah diselesaikan pada 29 Disember 2014.Majlis penyerahan dan pertukaran dokumen telah diadakan antara Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias, di sini. "Menerusi perkembangan ini, PNB kini menguasai 100 peratus keseluruhan modal diterbitkan dan modal berbayar PHNB," kata kenyataan itu. PHNB merupakan pengurus Amanah Harta Tanah PNB (AHP) dan PNB Property Trust (PPT).AHP merupakan REIT atau amanah pelaburan hartanah pertama di Malaysia yang dilancarkan pada 1989 dan telah disenarai di Bursa Malaysia sejak 1990. PPT pula adalah sebuah tabung amanah hartanah persendirian yang dimiliki sepenuhnya oleh PNB. - Bernama
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire