Lebih 10 juta telefon pintar terbaru Apple iaitu iPhone 6 dan 6 Plus habis dijual dalam tempoh tiga hari selepas ia dipasarkan di negara terpilih.
Gajet baru Apple terbabit baru saja dijual secara rasmi selepas diumumkan awal bulan lalu. Meskipun terdapat golongan yang menjual iPhone dua kali ganda dari harga sebenar, masih ramai yang sanggup membelinya.
Malaysia yang tidak termasuk dalam senarai awal penerima mengakibatkan peminat iPhone mencari gajet terbabit di luar.
Paling dekat, Singapura yang mula menjualnya Jumaat lalu tetapi hanya dikhaskan untuk individu yang sudah menempahnya lebih awal.

Foto
IPHONE 6 dan 6 Plus.

WALAUPUN harganya tinggi, pengguna masih sanggup membelinya.
iPhone juga dijual di Malaysia melalui beberapa kedai tertentu, namun harganya lebih mahal disebab*kan faktor ‘markup’ serta kos untuk pos.
Bagaimanapun, ia tidak menghalang peminatnya daripada terus memburu*nya sehingga ada yang sang*gup membeli model itu dengan spesifikasi paling rendah pada harga menjangkau RM8,000 walaupun harganya di pasaran jika sampai di Malaysia sekitar RM2,300-RM2,600 saja.
Sumber dalaman syarikat telekomunikasi memaklumkan iPhone 6 dan 6 Plus hanya akan diperoleh di negara ini paling awal pada penghujung November ini.
Sudah pasti, Malaysia yang diletakkan bukan dalam senarai negara awal membuatkan peminatnya tidak senang duduk.
Tidak terkecuali, terdapat segelintir individu yang beratur bukan peminat ‘setia’ iPhone tetapi cuba mengambil kesempatan menjualnya kembali de*ngan harga mahal.
Mengulas mengenai kegilaan iPhone 6 baru, *Pe*ngarah Komunikasi Kumpulan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, ia bergantung kepada peng*guna itu sendiri untuk membelinya.
“Gajet Apple akan sentiasa mendapat perhatian, jadi memang ramai yang sanggup untuk membelinya walaupun harganya bukan harga yang ditetap*kan,” katanya.
Namun menurut Yusof,* ‘markup’ atau mengaut untung berlebihan tidak bertentangan dengan mana-mana rang undang-undang kerana ia membabitkan persetujuan kedua-dua pihak iaitu penjual dan pembeli.
“Kita lihat harganya *dijual dua atau tiga kali ganda lebih mahal, namun ia tidak menyalahi undang-*undang selagi pembeli sudah maklum dengan harga *terbabit.
“Lainlah kalau apa yang diiklankan berbeza dengan harga yang dijual kepada pembeli,” katanya.
Yusof menasihatkan pengguna yang ingin mendapatkan iPhone* baru menunggu ketibaannya secara rasmi di negara ini.
“iPhone sudah pasti akan ditawarkan walaupun lambat tetapi ia lebih selamat dengan jaminan lebih kukuh,” katanya.
Menurutnya, pengguna yang mendapatkan iPhone dari luar negara menghadapi risiko jaminan serta spesifikasinya mungkin sedikit berlainan.
“Kita lihat sebelum ini ada beberapa isu termasuk tetapan rangkaian yang tidak menepati* standard tempatan,” katanya.
Sementara itu, pembeli iPhone 6 Plus yang sanggup ke negara jiran, Suhami Amran Zainol, 35, berkata, beliau tidak sabar menung*gu terlalu lama untuk mendapat*kan gajet baru Apple itu.
“Sebaik diumumkan, saya terus meminta rakan di sana (Singapura) untuk menempahnya terlebih dulu,” katanya yang mengambil penerbangan seawal jam enam pagi Jumaat lalu untuk mendapat*kannya sebelum pulang pada lewat petang.
Beliau sebelum ini sudah memiliki empat model iPhone.
Bagi Eksekutif Teknologi Maklumat (IT), Hanif Hasyimi Jamil, 27, peluang
bekerja di Australia memboleh*kannya menjadi antara peng*guna awal iPhone 6.
“Disebabkan saya bekerja di Australia yang menjadi penerima awal iPhone 6, saya membuat tempahan awal.
“Malah, lebih baik kerana tarikh ia dipasarkan di Australia sama dengan hari lahir jadi saya tidak perlu beratur,” katanya.
Mengulas mengenai dakwaan mengatakan pengguna iPhone individu yang bo.doh kerana sanggup beratur untuk telefon yang spesifikasinya sangat rendah, Hanif berkata, ia bergantung kepada keterujaan individu itu sendiri.
“Kita hanya perlu menghormatinya. Saya juga pengguna telefon pintar lain seperti Android, BlackBerry dan Windows, namun memilih Apple kerana kekuatannya yang tersendiri,” katanya.
Beliau yang memiliki pemain MP3 Apple, iPod nano generasi keenam dan iPhone 3G meng*anggap iPhone baru lebih nipis dan ringan.
“Kepantasan mikro pemprosesan yang mengagumkan, ketahanan bateri yang lebih lama mengikut kadar kebiasaan kegunaan saya membantu dalam merekod aktiviti kecerdasan dengan lebih cekap menjadi faktor memilihnya memandangkan saya sendiri kaki gym,” katanya.
Selain itu, beliau meng*gemari keupayaan kamera dengan tambahan fungsi baru yang dijangkanya lebih baik.
“Saya berharap pada versi berikutnya, Apple boleh meletakkan nama Malaysia sebagai penerima pertama iPhone, jadi tak perlu layan kerenah rakan yang berebut-rebut meminta untuk membelikan gajet terbabit,” selorohnya.
Seorang lagi pembeli iPhone 6 di luar negara, Muhammad Farqan, 25, sudah beratur seawal jam 7 pagi di Apple Store di pusat beli-belah Rundle Adelaide, Australia untuk membeli iPhone yang diidamkan.
“Nasib baik Australia antara negara terawal iPhone dipasarkan, kalau mahu tunggu Malaysia agak lambat,” katanya.
Beliau yang sanggup ke negara kanggaru itu berkata, selepas lima jam menunggu, beliau akhirnya memperoleh versi 128GB.
“Saya sangat menggemari sistem operasi iPhone, jadi ia bukan satu kebo.dohan untuk memilikinya kerana saya bukan seorang yang gilakan spesifikasi tetapi paling penting mesra pengguna,” kata Muhammad.
iPhone 6 adalah gajet ketiga Apple yang dimilikinya selepas iPhone 4S dan Macbook Pro.
“Sistem peranti yang baru iaitu iOS8, ‘time lapse’, kamera gerak perlahan, rekaan yang lebih menarik, nipis dan ringan serta setoran yang lebih besar menjadi faktor saya teruja memiliki*nya,” katanya.
Lebih 33,000 ahli laman Facebook Apple User Group Malaysia (AUG) pula menantikan iOS8 dalam telefon terbaru itu.
Meskipun ramai yang mengeluh kerana harga iPhone baru mungkin lebih mahal, ia tidak menghalang segelintir peminat untuk menyimpan duit lebih awal bagi mendapatkan gajet terbabit.
Apple melancarkan bukan satu, tetapi dua versi iPhone baru iaitu iPhone 6 dan 6 plus yang dilengkapi skrin 4.7 inci serta 5.5 inci.
Kedua-dua iPhone 6 baru ini dilengkapi paparan Retina HD yang baru dengan iPhone 6 memiliki resolusi 1334 x 750 piksel manakala resolusi untuk iPhone 6 Plus pula ialah 1920 x 1080.
iPhone 6 dan 6 Plus mempunyai jangka hayat bateri yang lebih baik walaupun menggunakan skrin lebih besar, reka bentuk nipis dan prestasi diperting*katkan.
Terdapat pemprosesan M8 yang dilengkapkan bersama telefon ini yang direka khusus untuk aplikasi kesihatan memungkinkan anggaran jarak perjalanan, malah boleh mengukur tahap ketinggian ketika pemiliknya menaiki tangga.
http://ift.tt/1xfo0Be

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire